on Wednesday, 12 March 2014
MH307 Hilang: Pandangan SU Politik Presiden Pas Dr Ahmad Samsuri- 
Penganalisis Penerbangan ## 


Pada pandangan saya,airplane failure mostly contributed by 4 important catagories- human error,aircraft structure,avionics&engine failure.Aircraft structure - structural stress yang akan menyebabkan failure biasa boleh dikesan awal sekiranya proses maintenance,repair and overhaul (MRO) adalah sebagaimana dlm service record. 

Failure dlm structure boleh juga akibat dari explosion. Yang ni paling munasabah sebab kegagalan duress call dari pilot menunjukkan seolah2 ada sesuatu yang tiba-tiba berlaku. Setakat ini kita tak tahu samada ada duress call atau tidak. Kecualilah juga pd masa tu berlaku avionic failure. 

Avionics failure- mostly onboard communication system. Jarang berlaku. Kalau berlaku pun, at that altitude aircraft masih boleh glide for 30 minutes, back to KBharu or Vietnam shore. Engine failure - kalau flame extinction at high altitude (PhD saya tentang airplane engine failure at high altitude) masih boleh glide for 30 mins. 

Kecuali berlaku letupan pada engine sehingga airplane menjunam terus. At high altitude, kalau plane menjunam nose dive, water surface tension di laut akan menyebabkan plane pecah teruk dan debris akan bertaburan. This is yet to be known.##

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 
Bekas ketua jabatan Aero Angkasa UPM
Setiausaha Politik Presiden Pas
on Tuesday, 11 March 2014
KUALA LUMPUR: Keadilan sejati menuntut kepada pelaksanaan undang-undang yang adil, saksama, telus dan jujur, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah (gambar).
  
Baginda bertitah pelaksanaan perundangan secara telus dan jujur akan membuatkan rakyat sedar bahawa keadilan dilaksanakan dan menerima sesuatu undang-undang tanpa ragu.
  
"Jaminan keadilan tidak ditentukan atau dijamin melalui dokumen undang-undang secara bertulis, struktur organisasi yang moden dan peralatan yang canggih namun keadilan sejati menuntut kepada pelaksanaan perundangan yang telus dan jujur.
  
"Pihak pelaksana undang-undang termasuk mahkamah serta pegawai-pegawainya iaitu hakim, pendakwa raya dan peguam bela mempunyai tanggungjawab penting untuk menjamin keadilan dan demokrasi selain integriti pemerintahan awam dalam sesebuah negara dapat dipertahankan," titah baginda.
  
Raja Nazrin bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-19, Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2013 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Baginda bertitah pelaksanaan undang-undang secara adil dan telus dapat mencegah rakyat daripada mengadakan demonstrasi.
  
Menyentuh mengenai akses khidmat bantuan guaman kepada golongan berpendapatan rendah, Raja Nazrin bertitah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) ditubuhkan pada 25 Feb 2011 bagi memperluas akses khidmat guaman kepada golongan sasar.
  
Titah baginda, YBGK merupakan suatu komitmen penting kerajaan melalui suatu keputusan politik berani yang diperkukuhkan melalui gerak kerja dinamik serta pencapaian meyakinkan agar penubuhan yayasan itu tidak dipersendakan.
  
"YBGK hendaklah dipastikan berjaya memberi impak, mencetus perubahan signifikan dan positif dalam menegakkan keadilan negara. Pendukung YBGK walaupun berhadapan pelbagai cabaran tetapi berpeluang mencipta dan melakar sejarah kejayaan melalui sistem penyampaian dan khidmat guaman berkualiti tinggi," titah baginda.
  
Menurut Raja Dr Nazrin, sejak ditubuhkan YBGK telah mendapat sambutan menggalakkan dengan 1,075 orang telah tampil melibatkan diri sebagai peguam manakala pada 2013, sebanyak 140,761 rakyat seluruh negara telah mendapat manfaat bantuan guaman YBGK.

Baginda bertitah, keadilan akan tercicir sekiranya khidmat guaman hanya berpihak kepada masyarakat daripada golongan berpendapatan tinggi dan kumpulan elit sahaja.
  
"Lapan puluh peratus tertuduh bagi kes jenayah di negara ini tidak diwakili peguam disebabkan faktor kewangan," titah baginda sambil menyeru agar akses khidmat guaman tanpa diskriminasi menjadi faktor utama bagi memastikan pengurusan keadilan dilakukan secara saksama.
  
Baginda bertitah rangkaian hubungan profesional dan semangat saling menghormati antara tiga entiti utama terdiri daripada Institusi Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam adalah amat penting dipupuk.
  
"Penghormatan itu tidak datang bergolek, ia perlu diusahakan melalui amalan integriti dan etika profesional yang tinggi," titah baginda.
  
Terdahulu, Raja Nazrin turut mengucapkan tahniah kepada lulusan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2013 yang telah memenuhi kriteria dan layak dianugerahkan Sijil Amalan Guaman.
  
Baginda berharap pemegang sijil tersebut akan memenuhi peranan serta tanggungjawab kepada anak guam dengan komitmen dan dedikasi tinggi.
  
"Wakililah anak guam sebaik mungkin, berhujahlah dengan berhemah dan bijaksana. Hindarkan daripada melakukan sesuatu hingga memungkinkan tercicirnya keadilan serta menghalalkan berlakunya kezaliman," titah baginda. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini dijatuhi hukuman RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.
Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Karpal, 73, yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu anaknya, peguam Gobind Singh memberitahu ekoran denda itu Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara menunggu rayuan difailkan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.

Para pemimpin Pakatan Rakyat memenuhi ruang mahkamah sementara menunggu keputusan hukuman dijatuhkan.

Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali turut hadir.
on Monday, 10 March 2014
Ketika menunggu jawapan mengenai nasib penerbangan MH370, kita harus mengakui bahawa kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia cukup longgar dan “santai”, kata A Kadir Jasin.

Tanpa mengecualikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tokoh wartawan itu berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan kawalan keselamatan di negara lain seperti Eropah, malah lapangan terbang raksasa seperti di Dubai.

“Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard dunia ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?

“Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?” soal Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times.

Menulis di blognya hari ini, Kadir juga berkata, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.

Malah, katanya, lebih “mengacau fikiran” apabila ia hilang di “kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.”

“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS (isyarat kecemasan), tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun,” katanya.

Kawasan itu menurut Kadir, lagi kini menjadi tempat latihan di darat, laut dan udara oleh angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.
 

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri hari ini mengunjungi keluarga Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui.

Kunjungan ke kediaman mereka di Seksyen 7 di sini pagi ini turut disertai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah serta beberapa Adun Kelantan yang lain.

Kunjungan mereka disambut bapa Fariq, Abdul Hamid Mohd Daud dan ibu beliau serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, menteri besar turut melahirkan rasa simpati Kerajaan Kelantan kepada keluarga atas apa yang berlaku.

Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak keluarga serta menasihatkan agar bersabar dengan ujian yang menimpa ini.

"Beliau adalah anak buah saya sebagai rakyat Kelantan. Kita datang untuk zahir rasa simpati dan mengajak masyarakat supaya mendoakan insiden ini berakhir dengan baik," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas pertemuan itu.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata hati keci beliau merasakan anaknya itu masih hidup.
"Jauh di sudut hati kecil saya merasakan beliau (Fariq) masih ada," ujarnya,
Bagaimanapun beliau pasrah dengan apa juga ketentuan Allah namun berdoa semoga anaknya dan semua penumpang termasuk kru pesawat MH370 selamat.
"Kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan beg pakaian dan pasport jika diminta untuk ke lokasi," jelasnya.
Beliau juga turut berharap agar pihak media khususnya, menghormati privasi keluarga yang sedang berdepan ujian sukar ini.
Fariq, 27, merupakan Pembantu Juruterbang Pesawat MAS MH370 ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, 8 Mac lalu.

Sehingga kini, pesawat tersebut masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dijalankan pihak berkuasa Malaysia dengan dibantu beberapa negara lain.

Penerbangan yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu  dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53.

Naik taraf lapangan terbang KB

Dalam pada itu, beliau berpendapat insiden ini menunjukkan betapa perlunya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf segera menjadi lapangan terbang antarabangsa.

Katanya, ini kerana kedudukan Kelantan sangat strategik dan berada di laluan Kuala Lumpur-Bangkok serta Kuala Lumpur Beijing.

"Mengikut laporan, pesawat ini terakhir dikesan di Laut China Selatan. Ertinya Lapangan Terbang Kota Bharu sepatutnya dinaik taraf.

"Kedudukannya strategik dan ianya sepatutnya boleh digunakan untuk menampung penerbangan melalui Laut China Selatan yang sangat sibuk," kata beliau.